Monday, 24 March 2014

CABARAN KEHIDUPAN

MyWorld

Dunia ini penuh pancaroba, pelbagai dugaaan dan ujian dilalui oleh setiap insan tanpa mengira latarbelakang, kaum, keturunan, usia, darjat dan agama. Saban hari pelbagai berita perihal masalah sosial dan jenayah terpampang di massa, media cetak, elektronik dan maya.. Samada insan itu bersedia atau tidak pastinya ujian harus dilalui, yang tabah dan berani akan dapat bertahan tetapi yang lemah dan tidak ada jati diri serta pegangan agama akan rebah dan tewas.

Hari ini, semalam dan akan datang terlalu ramai insan yang rebah akibat dadah. Diri sendiri rosak binasa, keluarga menjadi porak peranda, masyarakat menjadi mangsa dan negara kerugian tidak terkira. Pelbagai alasan yang menjadi penyebab : teraniaya, pengaruh rakan, ingin mencuba, sukarela, tekanan dan sebagainya. Bila sudah terjebak terlalu sukar untuk normal kembali.