Saturday, 17 May 2014

Ketenangan Jiwa di Antara Al Quran dan Sains


Para ilmuan telah banyak melakukan kajian untuk mengetahui rahsia disebalik perasaan tenang yang dirasakan manusia di saat mereka mengambil suatu keputusan tertentu atau yang disebut dengan 'ketenangan' ( ithmi'naan ).

Untuk maksud itu, mereka telah melakukan eksperimen melalui cara pembedahan dengan tujuan untuk mengetahui bahagian mana dari tubuh manusia yang mempunyai peranan bagi proses 'ketenangan' ini.

Dari kajian itu untuk sementara waktu ini, dapat dirumuskan bahawa pusat dari 'ketenangan' ini terdapat pada otak sebagai pusat bagi semua saraf yang berfungsi untuk mengawal semua proses penangkapan dan pengenalan isyarat yang masuk ke dalam tubuh.

Akan tetapi ketika dilakukan kajian dengan menggunakan bukti-bukti empirik , analisa darah dan hitungan besaran degupan jantung kemudian dilakukan perbandingan degupan jantung dalam pelbagai keadaan berikut :

1. Ketika manusia diam dan tidak berfikir untuk mengambil keputusan apa pun.

2. Ketika mengambil keputusan dan merasa senang kerananya.

3. Ketika mengambil keputusan dan merasakan kebimbangan atas akibat yang akan diterimanya.

4. Ketika mengambil keputusan di bawah tekanan jiwanya yang tidak normal.

Kajian empirik dan perbandingan antara berbagai keadaan di atas menunjukkan adanya perbezaan keadaan hati dilihat dari sudut fisiologi. Berdasarkan kajian di atas yang diperkuatkan juga oleh hasil pemerhatian keadaan biologi dari hati ketika merasakan kepuasan atas peristiwa yang menimpanya, para ilmuwan meyakini bahawa hatilah yang mempunyai tanggung jawab terbesar atas timbulnya perasaan tenang dan senang yang dirasakan manusia. Walaupun mekanisme timbulnya perasaan tenang itu belum diketahui secara pasti oleh para ahli.

Kerumitan kajian seperti yang tergambar di atas apabila kita bandingkan dengan apa yang kita dapatkan dalam Al-Quran, maka kita dapatkan bahawa Al-Quran dengan ringkas tetapi padat sejak 14 abad yang lalu telah menyatakan hal yang sama dengan hasil kajian di atas.

Dalam surah Ar - Rad ayat 28 Allah SWT berfirman:

" Ingatlah , hanya dengan mengingati Allah - lah , hati menjadi tenteram."

Sebagaimana dalam surah Al-Baqarah ayat 260 , Allah SWT berfirman :

" Dan (ingatlah) ketika Ibrahim berkata : " Ya Tuhanku, perlihatkanlah padaku, bagaimana Engkau menghidupkan orang mati? " Allah berfirman : "Belum yakinkah kamu?" Ibrahim menjawab : "Aku telah meyakininya, akan tetapi agar hatiku tetap mantap (dengan imanku). "

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber jurnalhajiumroh.com

Al-Quran dan cerita perjalanan darah


"Hai manusia, apakah yang telah memperdayakan kamu (berbuat durhaka) terhadap Tuhanmu Yang Maha Pemurah. Yang telah menciptakan kamu lalu menyempurnakan kejadianmu dan menjadikan (susunan tubuh) mu seimbang, dalam bentuk apa saja yang Dia kehendaki, Dia menyusun tubuhmu, "(QS. Al-Infitar: 6-8).

Setiap hari tubuh kita sesungguhnya bertempur melawan banyak bakteria, virus, dan mikrob. Beberapa di antaranya dicegah memasuki tubuh, sedang beberapa yang lain berjaya menembusi tubuh kita. Sel-sel dianggap tentera, yang bertugas di dalam aliran darah.

Bercerita mengenai darah. Darah hanya sebuah cecair dan tidak pernah gagal melakukan sesuatu tugas yang memerlukan perhatian dan tanggungjawabnya. Darah tahu setiap bahan yang dibawanya, apakah kegunaanya, dan kemana perlu dihantar. Sebagai contoh, darah tidak keliru membawa karbon dioksida ke sel, yang diambilnya dari sel lain sebagai bahan buangan. Darah selalu memberi sel oksigen dan mengeluarkan karbon dioksida.

Tugas yang dilakukan darah yang tanpa kesalahan atau kesilapan. Sekali lagi inilah bahagian dari rancangan sempurna Allah, yang Ia ciptakan dalam tubuh manusia. Seluruh sel darah melakukan tugasnya tanpa melakukan kesalahan.

Kita telah membicarakan bahawa semua jenis zat yang diperlukan oleh tubuh kita diedarkan ke bahagian tubuh yang berkaitan oleh darah. Sementara itu, sel-sel darah mengumpulkan bahan-bahan kumuh seperti karbon dioksida, dan memastikan bahawa seluruhnya dibuang dari tubuh. Darah juga bertindak seperti pelumat sampah. Dengan berhenti di setiap 100 trilion sel berterusan sepanjang hari, darah meninggalkan di sel apa yang diperlukannya dan mengumpukan sampah sisa-sisa bahan yang digunakan oleh sel.

Darah juga bertindak sebagai alat komunikasi dalam tubuh. Hormon di dalam darah yang membawa mesej dari satu bahagian tubuh ke bahagian lain. Hormon membawa mesej ke bahagian-bahagian badan yang berkaitan seperti seorang petugas pos yang membawa surat. Banyak proses penting, termasuk pertumbuhan badan, rasa haus, pengeluaran peluh, dan mengawal aras gula dalam darah berlaku kerana mesej yang dihantar dengan tepat.

Ini adalah perincian mengagumkan dalam ciptaan Allah. Allah telah mencipta pada sel-sel apa yang tidak boleh dilihat oleh mata kasar tentang pengetahuan yang sangat penting dan menganugerahkan mereka untuk kepentingan kita.
Diterjemahkan dari sumber islampos

Kesan bacaan Al-Quran terhadap otak dan organ manusia


Dr. Al Qadhi, melalui penelitiannya yang panjang dan serius di sebuah klinik di Florida Amerika Syarikat, berjaya membuktikan hanya dengan mendengar bacaan ayat-ayat Al-Quran, seorang Muslim baik mereka yang fasih berbahasa Arab ataupun bukan, dapat merasakan perubahan fisiologi yang sangat besar.

Bunyi yang bergerak dari telinga ke otak akan memberi kesan kepada sel-sel otak. Saintis baru-baru ini mendapati bahawa bunyi dari bacaan Al Quran mempunyai kuasa penyembuhan yang menakjubkan. Membaca Al-Quran mempunyai kesan menakjubkan pada sel-sel dan mampu mengembalikan keseimbangan mereka, otak adalah organ yang mengawal badan dan daripadanya perintah datang ke seluruh organ-organ badan terutama sistem imun. 

Penurunan kemurungan, kesedihan, memperoleh ketenangan jiwa, mengubati berbagai macam penyakit merupakan pengaruh umum yang dirasakan oleh orang yang terlibat dalam penyelidikan beliau. Penemuan doktor psikologi ini tidak menentu. 

Penelitiannya ditunjang dengan bantuan peralatan elektronik terbaru untuk mengesan tekanan darah, degupan jantung, ketahanan otot, dan ketahanan kulit terhadap aliran elektrik. 

Satu sel kanser meletup dengan menggunakan frekuensi bunyi bacaan dari Al Quran sahaja! Itulah sebabnya membaca Al-Quran mempunyai kesan yang hebat untuk merawat kanser merbahaya dan penyakit yang tidak boleh diubati!

Dari hasil uji kajinya dia membuat kesimpulan, bacaan Al-Quran berpengaruh besar hingga 97% dalam melahirkan ketenangan jiwa dan penyembuhan penyakit. 

Kajian Dr. Al Qadhi ini diperkuatkan pula oleh kajian lain yang dilakukan oleh doktor yang berbeza. Dalam laporan sebuah kajian yang disampaikan dalam Persidangan Perubatan Islam Amerika Utara pada tahun 1984, disebutkan, Al-Quran terbukti mampu mendatangkan ketenangan sehingga 97% bagi mereka yang mendengarkannya. 

Molekul air membentuk perubahan apabila terdedah kepada bunyi. Bunyi amat memberi kesan kepada air yang kita minum. Jika anda membaca Al-Quran di atas air, ciri-ciri air akan berubah dan ia akan membawa kesan Al-Quran kepada setiap sel dalam badan yang menyebabkan penyembuhan.

Kesimpulan hasil uji kaji tersebut diperkuatkan lagi oleh kajian Muhammad Salim yang diterbitkan oleh Universiti Boston. Objek penelitiannya terhadap 5 orang sukarelawan yang terdiri dari 3 lelaki dan 2 wanita. 

Kelima orang tersebut tidak tahu bahasa Arab dan mereka pun tidak diberi tahu bahawa yang akan diperdengarkannya adalah Al-Qur'an. Virus dan kuman juga bergetar dan sangat dipengaruhi oleh getaran bunyi terutama bunyi Al-Quran, ia menghalang mereka dan pada masa yang sama meningkatkan aktiviti sel-sel sihat dan menghidupkan sel-sel yang terganggu supaya menjadi sedia untuk melawan virus dan kuman. 

Kajian yang dilakukan sebanyak 210 kali ini terbahagi dua sesi, yakni membacakan Al-Qur'an dengan tartil dan membacakan bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an. 

Kesimpulannya, responden mendapatkan ketenangan sampai 65% ketika mendengar bacaan Al-Qur'an dan mendapatkan ketenangan hanya 35% ketika mendengar bahasa Arab yang bukan dari Al-Qur'an.

Al-Qur'an memberikan pengaruh besar jika diperdengarkan kepada bayi. Hal tersebut diungkapkan Dr. Nurhayati dari Malaysia dalam Seminar Kaunseling dan Psikoterapi Islam di Malaysia pada tahun 1997.

Gambar sebenar sel darah yang telah didedahkan kepada bunyi dan mula berubah medan elektromagnet di sekitarnya, bunyi bacaan Al Quran mengubah maklumat sel ini dan menjadikan ia lebih mampu melawan virus dan kecacatan Akibat daripada penyakit malignan. 

Menurut kajian, bayi yang berusia 48 jam yang kepadanya diperdengarkan ayat-ayat Al-Qur'an dari tape recorder menunjukkan respons tersenyum dan menjadi lebih tenang. 

Sungguh suatu kebahagiaan dan merupakan kenikmatan yang besar, kita mempunyai Al-Qur'an. Selain menjadi ibadah dalam membacanya, bacaannya memberikan pengaruh besar bagi kehidupan jasmani dan rohani kita.

Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, simaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204). 

Jika mendengar muzik klasik boleh mempengaruhi kecerdasan intelektual (IQ) dan kecerdasan emosi (EQ) seseorang, bacaan Al-Qur'an lebih dari itu. Selain mempengaruhi IQ dan EQ, bacaan Al-Qur'an mempengaruhi kecerdasan spiritual (SQ). 

Allah yang telah berfirman, "Dan apabila dibacakan Al-Qur'an, semaklah dengan baik dan perhatikanlah dengan tenang agar kamu mendapat rahmat" (QS 7: 204).

Darah Hanya Akan Memasuki Urat Tersebut Sewaktu Solat - Dr. Fidelma O'Leary, St. Edwards University

Dr. Fidelma O'Leary


Dr. Fidelma O'Leary dari NeuroScience professor at St. Edwards University) di Amerika Syarikat telah memeluk Islam kerana beberapa keajaiban yang ditemuinya dalam penyelidikannya. Dia amat kagum dengan penemuan tersebut, sehingga tidak dapat diterima oleh akal fikiran.

Dia adalah seorang Doktor Neurologi. Setelah memeluk Islam, dia amat yakin akan perubatan secara Islam dan dengan itu telah membuka sebuah klinik yang bertemakan 'Perubatan Melalui Al-Quran.

Melalaui kajian perubatan melalui Al-Quran,  ubat-ubatannya berteraskan apa yang terdapat di dalam Al-Quran. Di antara kaedah-kaedah yang digunakan termasuklah berpuasa, madu lebah, biji hitam (black seed) dan sebagainya.

Apabila ditanya bagaimana dia tertarik untuk memeluk Islam, dia memberitahu semasa beliau melakukan kajian urat saraf, terdapat beberapa urat saraf di dalam otak manusia yang tidak dimasuki oleh darah.  Setiap inci otak manusia memerlukan darah yang cukup untuk berfungsi secara normal.

Selepas kajian dijalankan, beliau mendapati darah tidak memasuki urat saraf di dalam otak manusia melainkan pada ketika seseorang itu sedang sujud semasa mengerjakan sembahyang.

Urat tersebut memerlukan darah hanya untuk beberapa sukatan yang tertentu sahaja. Ini bermaksud bahawa darah hanya akan memasuki urat tersebut mengikut kadar sembahyang waktu yang diwajibkan oleh Islam. Begitulah keagungan ciptaan Allah.

Jika seseorang tidak menunaikan sembahyang, otaknya tidak akan dapat menerima darah yang secukupnya untuk berfungsi secara normal.

Oleh yang demikian, kejadian manusia ini sebenarnya adalah untuk menganuti agama Islam 'sepenuhnya' kerana sifat fitrah kejadiannya memang telah dikaitkan oleh Allah dengan agama-Nya yang indah ini.

Keajaiban besar sujud dalam solat

Pernahkah kita terfikir setelah saban usia kita mendirikan solat berserta syarat rukunnya, apakah rukun solat yang paling disukai oleh Allah SWT. Dengan menyelami, memahami, menjiwai serta menghayati setiap detik ibadah atau solat yang dikerjakan barulah kita akan mendapat kemanisan dan faedah darinya. Barulah ibadah kita itu dapat mendinding dan mencegah diri kita dari dosa dan noda. Firman Allah SWT yang bermaksud:- 

” Sesungguhnya sembahyang itu mencegah dari perbuatan keji dan mungkar”(Surah Al-Ankabut ayat:45) 

Segala rukun di dalam solat yang melibatkan qalbi (naluri), qauli (lisan) dan fi’li (perbuatan) mempunyai pengertian dan maksud yang amat mendalam sekali di sisi Allah SWT. Segala pergerakan di dalam solat sebenarnya sarat dengan hikmah dan pendidikan dari Allah SWT dan amalan atau rukun yang paling disukai oleh Allah ialah rukun sujud. 

Sujud adalah waktu di mana seorang hamba itu paling hampir dengan Penciptanya. Pergerakan sujud itu secara lahirnya telah menunjukkan “rasa menghina dirinya” seseorang hamba itu di depan Tuhannya di dalam keadaan menyerah diri, pasrah, berikrar dan mengaku bahawa 

“Ya Allah hanya Engkaulah Tuhan yang layak disembah, ditakuti, dicintai dan hanya pada-Mu sahajalah tempat berserah dan memohon pertolongan”. 

Seorang sahabat Nabi SAW iaitu Huzaifah r.a berkata bahawa Rasulullah SAW telah bersabda:- 

“Tiadalah keadaan seorang hamba yang paling disukai oleh Allah daripada Dia melihat hamba-Nya itu di dalam keadaan bersujud, dengan meletakkan mukanya di tanah ( sebagai tamsilan tunduk, pasrah dan rasa hina seorang hamba kepada Allah)”. (Hadis Riwayat Imam Tabrani). 
Cerita Sujud:

Semasa malaikat-malaikat disuruh sujud kepada Nabi Allah Adam semua malaikat sujud apabila mereka bangun mengangkat kepala didapati malaikat yang bernama Azazil tidak sujud maka Allah SWT menjadi murka dan melaknat ke atasnya jadilah ia Iblis dengan bertukar rupa. Rupanya seperti kera dan badannya seperti babi justeru para malaikat merasa kecut dan takut lantas mereka sujud sekali lagi kerana syukur tidak kena laknat oleh Allah SWT. 

1.      SUJUD PERTAMA TAAT (PERINTAH ALLAH)
2.      SUJUD KEDUA SYUKUR (HAMBA KEPADA ALLAH) 

Tatkala Nabi Muhammad SAW Israk dan Mikraj ketika sampai di langit yang ketiga para malaikat-malaikat di sana sememangnya sujud selama- lamanya tetapi dikehendaki waktu Nabi SAW sampai mestilah mengangkat kepala tanda hormat. 

Apabila Nabi SAW memberi salam kepada para malaikat, semua malaikat itu bangun dari sujud kerana menjawab salam dan berkenalan dengan melihat wajah Nabi Muhammad SAW kemudian mereka sujud semula. 

Telah bersabda Rasulullah SAW, Bumi keseluruhannya adalah masjid melainkan tempat perkuburan dan tempat mandi. 

“Telah dijadikan untuk kita bumi seluruhnya adalah masjid. Maka jangan anda sapu pasir pada tempat sujud kerana rahmat Allah berada di hadapan. Dan berdebu muka ku untuk Allah yang maha Mulia lagi maha Tinggi sebab pasir kerana itulah puncak ibadah kepada Allah Taala. Tidak dikira bersolat bagi mereka yang tidak sampai atau kena hidungnya ke bumi (tanah) seperti juga dahinya”.

Oleh kerana banyak hadis menyebut tentang bumi dan kaitannya dengan sujud maka para ulama bersepakat mengatakan sekurang-kurangnya mesti sekali seumur hidup solat dan sujud di atas bumi dengan tidak berlapik dan jika banyak kali adalah lebih baik. Maka dengan sebab itulah orang-orang yang bermazhab Syiah bersolat di atas bumi atau dengan membawa kemana-mana sapu tangan yang khas ada di atasnya tanah untuk lapik sujud. 

Firman Allah SWT yang bermaksud:- ” Sesungguhnya orang-orang yang beriman dengan ayat Kami ialah orang yang apabila diperingatkan dengan ayat-ayat Kami mereka menyungkur sujud dan bertasbih serta memuji Tuhan dan mereka tidak menyombongkan diri” (Surah As-Sajadah ayat 15).

Di dalam perlakuan sujud itu ada simbolik dan hikmah yang harus fahami dan hayati. Iaitu bersama terancap dan ratanya tujuh anggota badan kita dengan bumi, pergerakan yang sepenuh jiwa, sepenuh rasa hina dan mengharap kepada Allah SWT dan penyerahan secara total seorang hamba terhadap Penciptanya dalam menerima serta mematuhi segala perintah dan larangan dari-Nya. Jangan sampai berlaku, hanya di dalam solat sahaja kita sujud tetapi di dalam kehidupan seharian kita bersifat “jauh api dari panggang” didalam erti kata yang lain kita tidak tunduk, tidak taat dan tidak menyerah secara total kepada peraturan dan sistem Allah yang Maha Sempurna. 

Sayugia dilakukan setiap melakukan rukun sujud ketika solat sentiasalah membaharui ingatan kepada Allah SWT (Al-Khaliq). Manakala tunduk meletakkan dahi ketika sujud hendaklah merasakan bahawa ia sedang menghina diri kepada suatu Zat Allah Yang Maha Agung dan apabila ia merasa kehebatan Allah Yang Maha Agung maka ketika itu ia juga harus merasai dirinya itu amat kecil dan terlalu kerdil di hadapan Zat Yang Maha Agung. Sujud bererti seseorang itu telah meletakkan wajahnya ditempat yang paling rendah di atas tanah ini bermakna ia telah meletakkan seluruh dirinya di atas tanah. 

Dengan sujud itu bererti telah mengingatkan dirinya terhadap punca asal kejadian manusia itu dari tanah dan mengembalikan dirinya kepada tanah. Apabila ia telah sanggup menghantar dahinya dan juga dirinya ke tempat yang hina maka tidak mungkin ia akan bersikap sombong lagi terhadap Allah yang menciptakan dirinya dari tanah itu. 

Sesungguhnya asal kejadian manusia itu seperti yang dijelaskan di dalam Al-Quran adalah dijadikan dari tanah maka setiap kali seseorang itu sujud adalah bertujuan mengasuh hatinya bahawa ia kelak akan dikembalikan kepada tanah iaitu menemui kematian seperti yang dijanjikan oleh Allah SWT. 

Dengan demikian bererti sujud itu juga mengasuh hati manusia bukan saja supaya mengingat akan asal kejadiannya tetapi juga akan dikembalikan ke tanah iaitu menemui ajal kematian. Maka setiap kali sujud sewajarnya seseorang itu sentiasa ia mengingati akan mati, apabila ia ingat akan mati maka terasa seolah-olah bahawa solatnya itu sebagai solat penghabisan kerana ia akan menghantarkan dirinya ke tanah. Ia merasakan bahawa setiap kali ia sujud seolah-olah ia tidak akan bangun lagi. Sedangkan kematian itu merupakan pintu bagi seseorang memasuki gerbang akhirat. 

Dalam keadaan demikian maka hati akan merasa gerun dan merasai kebesaran Allah dan ketika itulah ia membaharui lagi di dalam hatinya untuk mensucikan Zat Allah Yang Maha Tinggi disamping lidah tidak bertulang mengucapkan, “Subhana Rabbial- A’la wa-Bihamdih”. 

Sujud bukan sahaja mendekatkan kita dengan Allah SWT tetapi dari sudut perubatan pun ada hikmahnya. Antara hikmah sujud menurut keterangan perubatan ialah:- 

1.  Membetulkan buah pinggang yang terkeluar sedikit dari tempat asalnya.

2. Membetulkan pundi peranakan yang jatuh.

3. Melegakan sakit hernia.

4. Mengurangkan sakit senggugut ketika haid.

5. Melegakan bahagian paru-paru dari ketegangan.

6. Mengurangkan kesakitan pada apendiks atau limpa.

7. Meringankan bahagian pelvis.

8. Menggerakkan otot bahu, dada, leher, perut, punggung ketika akan sujud.

9.  Gerakan otot-otot ini menjadikannya lebih kuat dan elastik, secara automatik memastikan kelancaran darah.

10. Bagi wanita gerakan otot ini menjadikan buah dadanya lebih baik dan mudah berfungsi untuk menyusukan bayi.

11.  Gerakan bahagian otot memudahkan wanita bersalin, organ peranakan mudah kembali ke tempat asal .

12.  Mengurangkan kegemukan.

13.  Otak manusia (organ terpenting) menerima banyak bekalan darah dan oksigen.

14.  Kedudukan sujud paling baik untuk berehat dan mengimbang lingkungan bahagian belakang tubuh.

15.  Memberi dorongan untuk mudah tidur.

 Selain itu kesan sujud yang lama akan menambahkan kekuatan aliran darah ke otak yang boleh mengelakkan pening kepala dan migrain, menyegarkan otak serta menajamkan akal fikiran sekali gus menguatkan mentaliti kita (terutama ketika sujud waktu solat Subuh).

Sumber dari ntvirus.wordpress.com

Pahlawan Remaja Islam Di Zaman Rasulullah

Umair bin Abi Waqqash

Pada tahun kedua hijrah, kaum musyrikin Quraisy melakukan penyerangan kepada kaum muslimin. Ketika Nabi Muhammad s.a.w. mendengar berita ini, bersabdalah baginda kepada para sahabatnya yang telah siap berjihad, “Berangkatlah dan bergembiralah kalian.” Ketika kaum muslimin hendak berangkat ke medan pertempuran Badar, ada seorang remaja berumur enam belas tahun, namanya Umair bin Abi Waqqash, adik sahabat Nabi, Sa’ad bin Abi Waqqash. 

Secara diam-diam Umair menyusup ke dalam barisan kaum muslimin. Semangat jihad ternyata, bukan hanya bersemi dalam kalbu orang-orang dewasa, melainkan juga pada anak-anak remaja yang masih di bawah umur. Umair bin Abi Waqqash adalah salah satunya. Rupanya, turut sertanya Umair tidak diketahui oleh Nabi Muhammad s.a.w. Ketika Sa’ad bin Abi Waqqash melihat wajah adiknya yang bersembunyi, ia bertanya, “Wahai Umair, mengapa engkau bersembunyi?”

“Aku takut kalau Nabi menyuruhku kembali pulang, sedangkan aku ingin mati syahid di medan pertempuran,” jawab si adik. Pada waktu Nabi mengetahui perihal Umair itu, maka baginda segera memanggilnya serta menyuruh dia pulang. Baginda tidak mengizinkan Umair yang masih di bawah umur itu turut berperang. Mendengar larangan tersebut Umair pun menangis sejadi-jadinya. Kerana merasa kasihan, akhirnya Nabi kemudian mengizinkannya turut bertempur. Betapa senangnya Umair setelah mendengar keputusan itu. Bersama pasukan muslimin, Umair tiba di lembah Badar pada tengah malam. Mereka mencari tempat yang strategik dekat mata air. 

Pada malam itu Allah s.w.t. menurunkan hujan, sehingga pasukan musyrikin menderita kebanjiran dan mengalami kesulitan untuk bergerak maju. Sebaliknya, hujan ini merupakan rahmat bagi pasukan Islam, kerana pasir tempat berpijak tadi bertambah padat sehingga memudahkan mereka bergerak maju. Nabi Muhammad s.a.w. langsung memimpin angkatan perang kaum muslimin. Dalam peperangan ini, baginda telah memerlihatkan kepada pihak musuh, tentang bagaimana Islam mengajarkan akhlak yang tinggi, Nabi memberi izin kepada kaum musyrikin untuk mengambil air minum, dari mata air yang dikuasai oleh pasukan Islam. Dan Nabi pun berpesan kepada pasukannya, agar berlaku baik terhadap para tawanan perang. 

Pada saat kedua pasukan telah berhadapan dan api peperangan mulai berkobar, Nabi s.a.w. berseru kepada kaum muslimin: “Bangkitlah kalian menuju syurga yang seluas langit dan bumi!” Pertempuran berkecamuk dengan hebatnya. Ali bin Abi Thalib r.a. sebagai pembawa panji-panji perang, berada dalam pasukan pasukan berdepan bersama Hamzah bin Abdul Muthalib dan beberapa orang lainnya. Kedua pasukan nampak tidak seimbang. Pasukan Islam hanya sepertiga pasukan musyrikin.

Untuk kesekian kalinya kalimat “Allahu Akhbar” berkumandang membelah arena peperangan. Bergemalah suara takbir bersahut-sahutan, dan Allah pun menurunkan sejumlah malaikat untuk berperang bersama kaum muslimin. Pasukan Islam terus bertempur dengan semangat berkobar-kobar. Dan Umair bin Abi Waqqish, perajurit yang masih di bawah umur itu, tidak pula ketinggalan. Ia menuju ke tengah-tengah medan perang, menghadang dan menyerang setiap musuh yang datang. Akhirnya malaikat pencabut nyawa pun datang menjemput Umair bin Abi Waqqash. Ia gugur sebagai syuhada. Rohnya melayang ke angkasa, menuju syurga yang telah dijanjikanNya.


Senjata paling canggih di dunia dimiliki oleh orang Islam


Sheikh Dr. Abdullah Azzam pernah menceritakan sebuah kisah menarik yang beliau kumpulkan dalam buku karya beliau berjudul Ayaturrahman fii jihadil Afghan. Buku yang disebut oleh Ustaz Imam Samudra sebagai buku ajaib, kerana mengisahkan banyak keajaiban di medan jihad Afghan mengusir pencerobohan tentera Soviet .

Suatu ketika, sekumpulan mujahid Afghanistan sedang berhadapan dengan tentera Kesatuan Soviet dengan kekuatan yang besar. Dengan hanya berbekal satu bom tangan dan satu senjata anti kereta kebal, mereka perlu berdepan dengan kira-kira 200 buah kereta kebal dan kenderaan berat yang lain.
Melihat keadaan yang sangat getir itu, mujahidin mendirikan solat dan bermunajat pada Allah. Mereka memohon agar peluru yang ada itu boleh menghancurkan konvoi pasukan musuh.

Mungkin bagi kebanyakan orang akan berkata bahawa harapan mereka hanyalah mimpi. Secara mata kasar sudah dapat dilihak pihak manakah yang akan menang dan siapa yang kalah. 

Tanpa disangka, dengan lemparan satu-satunya bom tangan yang ada itu tepat mengenai sebuah kereta milik musuh yang mengangkut bahan letupan. Letupan itu mengakibatkan 86 kereta kebal dan kereta perisai musuh musnah.

Akhirnya, kemenangan berpihak pada Mujahidin. Selain memperoleh kemenangan besar, mereka juga membawa pulang hasil rampasan perang yang sangat banyak.

Inilah kekuatan doa, di mata kaum muslimin kehebatannya tidak boleh dinafikan. Doa adalah senjata yang amat canggih. Di tengah pesatnya perkembangan teknologi ketika ini, doa tetap berada di peringkat paling atas bagi orang yang beriman. Doa tidak boleh dikalahkan oleh armada tempur mana pun. Hal ini disebabkan selain daripda usaha yang bersungguh -sungguh, orang yang beriman tidak lupa untuk menggantungkan segalanya pada Sang Khalik melalui doa.

Sejarah telah membuktikan, doa tidak pernah lepas dari kejayaan para Nabi dan Rasul. Ketika Nabi Nuh 'alaihissalam bersama dengan umatnya yang terselamat dari banjir dahsyat. Ketika Nabi Musa 'alaihissalam mengalahkan Fir'aun. Ketika Nabi Ibrahim 'alaihissalam dilindungi dari jilatan api dan ketika Rasulullah shallallahu 'alaihi wasallam bersama para sahabat radhiyallahu' anhum memenangi banyak pertempuran. Semua itu boleh berlaku kerana kewujudan faktor x yang bernama doa.

Buku: Adzakarul Jihad wad Du'a ' alal Kuffar ash Shahihah , karya Wa'il bin Ali as Saduqi

*Diterjemahkan oleh Detik Islam dari sumber shoutussalam.com

Negara Islam Pelopor Teknologi Senjata Moden

Sejak zaman Nabi Nuh as, kira-kira tahun 5000 SM, hingga tahun 1400 M, persenjataan tentera di dunia hanya didominasi oleh pedang, panah, tombak, kuda dan senjata-senjata tradisional lainnya, namun tidak pernah terfikir oleh kita bahawa kaum Muslimlah yang menjadi pelopor kepada persenjataan modern.
Jika kita baca buku-buku teks di sekolah, para pejuang kita digambarkan kononnya berperang dengan penjajah hanya dengan penggunaan senjata tajam seperti pedang, panah, keris, atau bambu runcing, namun hakikatnya ia tidaklah se'kuno' begitu. Pada awal kedatangan Penjajah Belanda ( VOC ) iaitu sekitar abad ke-16, Belanda juga masih menggunakan tombak, pedang, panah dan hanya sebahagian saja yang memakai senapang dan menggunakan meriam. Kesultanan Demak dan Aceh ketika itu sudah pun menggunakan meriam, bahkan Kesultanan Demak pernah mendatangkan pakar meriam dari negara Cina yang beragama Islam (Zaman Dinasti Ming, politik dan ekonomi Cina dikuasai kaum Muslim), yang disuruh membangunkan persenjataan artileri seperti meriam.

Kaum muslim pada masa Khalifah Islam sudah menciptakan pelbagai persenjataaan moden pada zamannya dan hasil dari pemikiran cemerlang yang melangkaui pemikiran manusia pada zamannya.

Ibnu Firnas the First Flying Man
Sekitar tahun 990 M, Ibnu Firnas seorang ilmuwan dari Andalusia (Sepanyol) memimpikan bagaimana mungkin suatu ketika manusia mampu terbang bebas di angkasa seperti burung. Ibnu Firnas sebenarnya terinspirasi daripada kejadian Isra’ Mi’raj Nabi Muhammad SAW. Ibnu Firnas bagaimanapun terfikir adalah mustahil untuk manusia biasa mampu menunggang Bouraq, yakni kenderaan Nabi Muhammad SAW ketika Isra’ Mi’ raj.
Rancangan alat terbang Ibn Firnas
Ibnu Firnas ( Armen Firman ), mula meneliti gerak aerodinamika, fisikal udara dan anatomi burung serta kelelawar. Hinggalah pada suatu ketika, beliau berjaya mencipta sebuah 'alat terbang' seperti sayap kelawar. Ciptaan Ibnu Firnas ini melalui tempoh percubaan apabbila beliau menaiki menara Masjid Cordoba, sambil disaksikan oleh ribuan orang yang berada dibawahnya, Setelah melakukan terjunan beliau kemudiannya melayang terbang sejauh kira-kira 3 KM (jarak ini paling maksimum) dan telah mendarat dengan selamat. Ribuan orang yang menyaksikan kejadian itu, bertepuk tangan atas kejayaan ciptaannya. lain pula jadinya kepada masyarakat Eropah, yang ketika itu sedang di era kegelapan, heboh sendiri kerana menganggap Ibnu Firnas melakukan sihir yang mereka saja belum pernah melihatnya.
Alat terbang Ibnu Firnas inilah yang kemudiannya telah menginspirasikan Wright Brothers untuk mencipta pesawat terbang pada awal abad 20.
Basilica Canon the First Ottoman's Great Bombard
 Replika great bombard dan proyektilnya
Rasulullah SAW pernah mengirim surat kepada Raja Heraklius agar Heraklius memeluk Islam atau paling tidak, tunduk pada agama Islam jika benar sekalipun Heraklius tidak mahu memeluk agama Islam. Namun Raja Heraklius menolak nasihat Rasulullah SAW itu kerana meremehkan kekuatan kaum muslim yang hanya seluas kota Madinah saja, sedangkan Heraklius adalah penjajah hampir seluruh benua Eropah dan sebahagian Asia Barat serta pesisir utara Afrika. 
Wilayah jajahan Roma/Rumiyah
Nabi Muhammad SAW ketika menggali Parit Khandaq bersabda :
“...Constantinople (kini Istanbul) akan jatuh ke tangan tentera Islam. Rajanya adalah sebaik-baik raja, tenteranya adalah sebaik-baik tentera..." 
Hadis riwayat Imam Ahmad
Sisa benteng Konstantinopel
825 tahun kemudian iaitu tahun 1452 M, seorang Khalifah Muda bernama Sultan Muhammad Al Fatih dari empayar kekhalifahan Turki Uthmaniyah, telah mencipta sebuah penemuan yang menggoncang dunia iaitu berupa meriam pengebom gergasi yang baginda sendiri telah namakan dalam Bahasa Turki, Qanun Bassilickatau Bassilica Canon dalam Bahasa Inggeris (The Great Bombard) yang akan digunakan bagi menembusi tembok pertahanan Constantinopel yang selama 1100 tahun tidak tidak berjaya ditembusi oleh pelbagai macam senjata. Meriam tersebut mampu melepaskan tembakan bola besi padat seberat 700 kg dengan jarak tembakannya adalah 1,6 km.
The Great Bombard Muhammad Al Fatih, di moncongya tertulis sepotong ayat (doa) kepada Allah SWT agar membukakan pintu kota Constantinopel untuknya dan membukakan pintu hati warganya untuk memeluk serta menerima ajaran Islam
Akhirnya atas pertolongan Allah SWT, pada 29 Mei 1453 kota yang telah dijanjikan kepada kaum muslim iaitu, Constantinopel telah berjaya ditakluki dan menjadi ibu kota negara Khalifah Islam selama 500 tahun. Nama Costantinople kemudiannya ditukar kepada Islam Bol yang bermaksud Bandar Islam dan kemudiannya dijadikan sebagai ibu negara ketiga Khilafah Uthmaniyah selepas Bursa dan Edirne.

Kekallah bumi yang mulia itu sebagai pusat pemerintahan, ketamadunan, keilmuan dan keagungan Islam berkurun lamanya.. sehinggalah Khilafah Othmaniyyah ditamatkan sejarahnya oleh Mustafa Kemal Ataturk secara rasminya pada tahun 1924M. Aya Sofya kembali dikristiankan oleh Ataturk atas nama muzium. Gambar- gambar syirik kembali bertempelan di kubah masjid yang berdukacita itu. Manifesto Parti Refah pada pilihanraya yang lalu untuk mengembalikan Masjid Aya Sofya ke kegemilangan sejarahnya, berkubur buat sementara dengan pengharaman parti itu beberapa tahun yang lalu.
Janissary the First Rifle Troops
Janissari atau Yeniceri adalah pasukan elit yang dibentuk oleh Sultan Murad II, ayah kepada Muhammad Al Fatih, yang kemudian direformasi oleh Muhammad Al Fatih dengan memberikan sentuhan 'keagamaan' kepada pasukan elit ini, dan prestasi ibadah dari pasukan ini ; tidak pernah meninggalkan Solat Tahajjud dan Rawatib. Serta prestasi ketenteraannya adalah sebagai An Ni’mal Jaizu atau seistimewa-istimewa pasukan kerana berjaya menakluki kota Constantinople. 
Janissary Pasukan Muhammad Al Fatih

Sekitar abad ke-15, seluruh pasukan Janissary sudah dibekalkan senapang sebagai senjata utama dan menjadi pasukan tentera Eropah pertama yang menggunakan senapang, ketika negara Eropah yang lain masih menggunakan tombak dan panah sebagai senjata utama.
Janissary yang memakai senapan
Janissary yang memakai senapan
Bunyi senapang Janissari adalah yang paling kuat dan merupakan senapang yang paling 'mematikan' kerana jarak tembaknya yang unggul jika dibandingkan dengan senapang Eropah lainnya. Hinggakan, pasukan tentera Muslim ini sangat ditakuti oleh musuh-musuh Islam. Pasukan ini juga membantu Aceh mengusir Portugis di selat Melaka. Mental pasukan ini yang tertanam pada Panglima Polim dan Cut Nyak Dien, sehingga menjadi momok menakutkan Belanda.
Spahi tentera Janissary Berkuda
Abus Gun, the First Mortar
Lukisan tentera Janissary Abus
Kenalkah anda pada roket panggul yang digunakan oleh pasukan Hamas dan Mujahiddin Afghanistan yang menjadi momok menakutkan tank-tank canggih Israel dan NATO?, ya itu adalah RPG 7 buatan Rusia, yang dengan mudah boleh didapati di 'black market'.
Seorang pejuang Afghanistan menggunakan RPG 7
Tapi tahukah bahawa RPG 7 buatan Rusia atau Bazooka buatan Amerika adalah sebuah senjata yang telah dinspirasikan daripada senjata Abus buatan negara Khalifah Islam. Senjata ini adalah meriam dalam ukuran kecil sehingga mampu digunakan oleh pasukan Infantri negara Islam ketika itu. Abus juga sangat ditakuti tentera-tentera penjajah ketika itu.

Negara Islam adalah negara yang pertama kali menggunakan pesawat tempur dan artileri anti serangan udara.
Tentera Islam menggunakan Belon Pengebom ketika perang dunia pertama
Ketika Amerika Syarikat mencipta pesawat tempur untuk pertama kalinya, Khialiah Islam ketika itu segera mengirimkan orang-orang terpilih untuk mempelajarinya dan mengendalikannya. Lima tahun kemudian, negara Khalifah Islam berjaya mencipta sendiri beberapa buah belon udara pengebom dan mempunyai puluhan pesawat tempur yang digunakan ketika perang dunia pertama menentang Itali.

Negara Khalifah Islam juga adalah yang pertama kali menggunakan artileri anti serangan udara dalam perang dan berjaya menjatuhkan beberapa buah belon pengebom milik Itali dan beberapa buah lagi pesawat tempurnya di Ethiopia