Showing posts with label Sukan. Show all posts
Showing posts with label Sukan. Show all posts

Thursday, 12 June 2014

Sukan Komanwel: Nicol ketua pembawa masuk bendera negara Asia


KUALA LUMPUR 11 Jun - Buat julung kalinya dalam Sukan Komanwel, ratu skuasy negara, Datuk Nicol David diberikan pengiktirafan sebagai ketua pembawa masuk bendera negara rantau Asia pada Sukan Komanwel di Glasgow, Scotland, 23 Julai ini.
Presiden Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Tunku Tan Sri Imran Tuanku Jaa'far
berkata ia pengikirafan besar untuk negara apabila ratu skuasy negara akan menjadi ikon kepada lapan negara Asia yang beraksi pada Sukan Komanwel iaitu India, Pakistan, Sri Lanka, Singapura, Bangladesh, Maldives dan Brunei.
"Penghormatan ini bukan hanya untuk Malaysia tetapi juga untuk skuasy negara," katanya dalam sidang media selepas majlis pelancaran pengiraan detik 100 hari ke Sukan Asia Incheon 2014 di Kompleks Sukan Tertutup MOM, di Kuala Lumpur.
Tunku Imran turut mengumumkan jaguh badminton negara, Datuk Lee Chong Wei sebagai pembawa Jalur Gemilang pada temasya tersebut.
Sementara pembawa Jalur Gemilang untuk Sukan Asia hanya akan diumumkan selepas Sukan Komanwel berakhir.
"Diharap dengan penghormatan ini atlet negara akan lebih bersemangat untuk memburu pingat apabila beraksi di Glasgow nanti," katanya.
Sementara itu, Ketua Pengarah Sukan Asia Incheon 2014, Yoo Jae Han berkata Incheon sudah bersedia menganjurkan temasya empat tahun sekali itu dan persiapan akhir sedang berjalan lancar.
"Kami mahu menjadikan Sukan Asia Incheon 2014 bukan sahaja lebih baik daripada edisi sebelum ini di Guangzhou, China tetapi lebih baik daripada edisi sebelum itu," katanya menerusi jurubahasa.
Beliau juga berjanji untuk menambah baik tahap pengadilan bagi memastikan
pengadilan adil dan tidak berat sebelah dalam semua pertandingan. - BERNAMA


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Sukan/20140612/su_01/Sukan-Komanwel-Nicol-ketua-pembawa-masuk-bendera-negara-Asia#ixzz34QRk3bFH
© Utusan Melayu (M) Bhd 


KUMPULAN A :

KUMPULAN B :

KUMPULAN C :

KUMPULAN D :


KUMPULAN E :

KUMPULAN F :

KUMPULAN G :


KUMPULAN H :
Bola Sepak : Kapten 32 Pasukan Piala Dunia 2014
Kejohanan berprestij bola sepak dunia, FIFA Piala Dunia 2014 Brazil semakin hampir 
dengan sepak mula pada 12 Jun 2014 antara pasukan tuan rumah, Brazil bertemu Croatia. 
32 pasukan yang bersaing telahpun mengumunkan senarai 23 pemain yang bakal 
menggalas cabaran negara masing-masing pada kejohanan kali ini. 

Barisan yang diumumkan tersebut merupakan antara barisan pemain terbaik setiap 
pasukan tersebut dengan gabungan mantap pemain-pemain berpengalaman serta 
pemain-pemain muda berbakat besar. 

Antara pemain yang bakal memainkan peranan penting pasukan masing-masing ialah 
Ketua Pasukan. Selain menjadi ketua di padang peranan ketua pasukan juga penting 
bagi memberikan semangat kepada pasukan untuk beraksi pada tahap terbaik. 

Berikut adalah senarai 32 pemain yang bakal menggalas tanggungjawab selaku Ketua 
Pasukan di Piala Dunia 2014 Brazil akan datang.