Tuesday, 1 April 2014

PUSAKA KERIS MELAYU


Keris Pusaka


Sekiranya kita membicarakan tentang adat-resam dan kebudayaan Melayu seperti mana adat-istiadat Pertabalan dan kebesaran Raja-raja Melayu maka Keris merupakan salah satu elemen yang sangat terpenting sekali sehingga ianya tidak dapat diketepikan secara langsung akan peranannya didalam adat-istiadat budaya Melayu itu sendiri. Keris juga melambangkan keunggulan dan kewibawaan Melayu yang bukan sahaja sebagai senjata pada Ilmu Persilatan itu sendiri malah ianya juga meliputi kepada kuasa-kuasa ghaib, mistik dan magis. Banyak bahan-bahan cerita lisan dari orang-orang lama mahupun hikayat-hikayat ataupun kitab Melayu lama menceritakan akan perihal Keris. Pada abad ini Keris boleh diletakkan dalam beberapa kategori:

- Keris Semenanjung


     - Keris Sumatera
  
     - Keris Jawa

     - Keris Bugis


     - Keris Bali dan Madura


     - Keris Sundang atau Sulu

     - Keris Pekaka 


Tak Melayu Kalau Tak BerKeris,
Ibarat
Tak Berketurunan Kalau Tak BerWaris,
Kerna
Diberi tanah habis digadaikannya,
Diberi duit nanti habis dijolinya pula,

Maka diberi Keris itu sebagai tanda keJantanan dan keMelayuannya,
Sebagai tanda untuk meneruskan perjuagan yang belum selesai,
Sebagai tanda memperingati kewujudan keturunannya,
Maka jadikanlah Keris sebagai tanda Pusaka kewujudan Melayu kepada anak cucu kita.


Kisah Perihal Akan Besi

A025
Demi sesungguhnya! Kami telah mengutus Rasul-rasul Kami dengan membawa bukti-bukti dan mukjizat yang jelas nyata, dan Kami telah menurunkan bersama-sama mereka Kitab Suci dan keterangan yang menjadi neraca keadilan, supaya manusia dapat menjalankan keadilan dan kami telah menciptakan besi dengan keadaannya mengandungi kekuatan yang handal serta berbagai faedah lagi bagi manusia. (Dijadikan besi dengan keadaan yang demikian, supaya manusia menggunakan faedah-faedah itu dalam kehidupan mereka sehari-hari) dan supaya ternyata pengetahuan Allah tentang orang yang (menggunakan kekuatan handalnya itu untuk) menegak dan mempertahankan agama Allah serta menolong Rasul-rasulNya, padahal balasan baiknya tidak kelihatan (kepadanya); sesungguhnya Allah Maha Kuat, lagi Maha Kuasa.

SENJATA TERAHSIA ZAMAN KSULTANAN MELAYU



ARTIKEL KALI INI SAYA MEMEBAWA PEMBACA KEPADA SATU KEBENARAN YANG TIDAK ADA DI DALAM BUKU SEJARAH. KEBANYAKAN ORANG MELAYU SEKARANG FIKIR BAHAWASANYA SENJTA2 ORANG MELAYU DAHULU HANYA KERIS,LEMBING DAN BUKAN PISTOL SENAPANG DAN MERIAM. SEKIRANYA ORANG MELAYU HANYA BERSENJATAKAN KERIS MUSTAHIL UNTUK KESULTANAN MELAYU MELAKA MENJADI KUASA BESAR DI ASIA TENGGGARA. SEBELUM ITU SAYA INGIN BERITAHU YANG ARTIKEL INI AGAK PANJANG TAPI SARAT DENGAN RAHSIA SENJATA2 ORANG MELAYU. JADI GAGAH2KAN LA DIRI ANDA UNTUK MEMBACANYA…
  • Beribu-ribu tahun dahulu…di Lembah Bujang, terdapat satu peradaban yang makmur.Kota-kota yang besar dan istana-istana yang mengagumkan.Di satu kawasan,terdapat kilang-kilang membuat peralatan logam;kilang melebur besi.
  • Zaman berganti zaman.Tahun berganti tahun.Peperangan demi peperangan.Hasad dengki,khianat,kekejaman dan penipuan menghiasi tabir.Jatuh dan bangun.Bina kembali peradaban.Berperang lagi…hancur semuanya….bangkit kembali membina empayar…perang saudara…kedatangan bangsa Eropah yang tamak….dijajah…dijajah…dijarah…
  • Bangkit kembali…tentang penjajah…akhirnya merdeka.Kemudian bina negara…bina peradaban kembali.Perlahan-lahan.
  • Anak-anak Melayu pun membuka buku sejarah.Apa yang dilihat mereka? Hulubalang Melayu memegang tombak.Panglima Melayu menghunus keris.Selak lagi..apa dilihat lagi?
  • Gambar lukisan raja Melayu di atas gajah,dengan askar-askar Melayu menentang penjajah Portugis menggunakan tombak dan keris.Bertembokkan pancang-pancang kayu dan batang pisang .Gambar askar Melayu mati ditembak istinggar musuh.Gambar rumah beratap rumbia musnah dibedil meriam.Selak lagi….gambar gabenor British bercekak pinggang dengan orang-orang Melayu berpakaian selekeh di satu sudut.
  • Selak lagi…selak lagi…gambar orang-orang Melayu pasca-penjajahan yang berimejkan selekeh, miskin dan nampak kurang berpendidikan.Membosankan.
  • Dalam artikel ini,penulis akan mendedahkan realiti sebenar peperangan yang disertai orang-orang di Semenanjung mahupun di pulau-pulau Nusantara (Indonesia). Penulis akan mendedahkan betapa antara orang-orang Melayu pada masa dahulu pandai mencipta meriam dan menggunakan senjata api..Ini sekaligus menafikan anggapan popular ketika penjajahan dahulu “hendak buat sebatang jarum pun tak mampu”
  • Benarkah begitu?
  • Apabila teknologi meriam semakin maju pada abad ke-14,seluruh dunia berlumba-lumba mendapatkan teknologi ini.Kerajaan-kerajaan Eropah,wilayah-wilayah bekas Empayar Abbasiah dan Turki uthmaniyyah,Emperium China dan kerajaan Ayutthia berusaha tidak ketinggalan dalam soal mengambil tahu atau memiliki meriam malah merekrut rakyat mereka mempelajari cara membuat meriam.
  • ADAKAH SULTAN-SULTAN MELAKA YANG MEMILIKI PELABUHAN PALING KAYA DI TIMUR MENJADI PEKAK,TULI,BUTA DAN BISU DENGAN PERKEMBANGAN INI?
  • Padahal raja-raja Melayu Brunei dan Sulu ketika itu sudah biasa bermain dengan pistol dan menjadi pengeluar meriam kecil terbaik dunia?Sebab itu Sepanyol gerun dan tidak mampu mencabut ‘kemelayuan’ mereka.
  • Adakah para pedagang yang tiba di pelabuhan Melaka semuanya berpakat untuk menyorokkan berita-berita tentang meriam,istinggar (musket) dan ubat bedil?Adalah amat tidak logik jika Sultan Melaka yang pernah menakluk sebahagian Sumatera dan tanah semenanjung malah mengalahkan tentera Siam menggunakan keris dan lembing sahaja.Tiada satu pun kerajaan yang boleh mengalahkan Melaka ketika itu KECUALI GABUNGAN TENTERA PORTUGIS,KERAJAAN-KERAJAAN KECIL DI SUMATERA DAN JAWA,ASKAR-ASKAR UPAHAN DARI GOA,JAWA DAN SIAM DITAMBAH DENGAN PEMBELOT DAN PENGKHIANAT DALAMAN DARI PARA PEDAGANG ASING DAN ORANG-ORANG MELAYU SENDIRI.
  • Hanya filem-filem dan drama pendekar di Malaysia sahaja menggambarkan pendekar Melayu berperang menggunakan keris dan lembing selepas bergaduh di warung berdinding buluh dan beratapkan rumbia.Sungguh memalukan.
  • Apabila orang luar membuat filem tentang Melayu,mereka menggambarkan pendekar Melayu menggunakan pistol,meriam dan senapang.Malah pendekar Melayu memakai baju kulit dan sesetengahnya memakai baju zirah;baju besi untuk mengelakkan serpihan peluru meriam melukai daging kulit.Dari mana mereka mengorek rahsia ini?Dari catatan-catatan sejarah mereka yang diluar kawalan Raffles,Winsted,Swettenham dan Leyden.
  • Malah semua senjata ini,yang diwar-warkan asing bagi bangsa Melayu,mempunyai istilah Melayunya sendiri:
*Cannon=Meriam,Lela
*Portable Cannon/swivel gun=Lela Rentaka
*Flintlock Musket=Istinggar
*Blunderbuss=Pemuras
*Pistol=Terakol
Mari kita lihat antara senjata-senjata ‘terahsia’ Melayu ini:
*pemuras
Pemuras adalah antara senjata yang gemar digunakan oleh orang-orang Melayu dahulukala.Dalam Perang Naning,catatan askar Inggeris menyatakan orang-orang Melayu amat pandai menggunakan Pemuras ini sehingga Inggeris terpaksa menghantar beberapa kali pasukan tenteranya menentang Dol Said dan Perang Naning juga berlaku dalam beberapa siri.Orang-orang Melayu Borneo khususnya orang Brunei dan Sulu adalah mereka yang selalu menggunakan Pemuras.Pemuras atau dalam bahasa Inggeris,blunderbuss adalah sejenis alat bedil muat hadapan dengan laras berkaliber pendek,besar,yang mempunyai muncung peledak hadapan yang berbentuk kembang (funnel-shaped muzzle ).Pemuras ini menggunakan peluru timah hitam (lead)
Ia digunakan untuk menembak dalam jarak dekat dan selalu digunakan oleh pasukan berkuda (Dragoons).Perkataan Dragoon ini berasal dari penggunaan Pemuras yang telah dimajukan bentuknya,menjadi lebih
*terakol
Orang-orang Melayu memanggilnya sebagai Terakol atau Tarkul.Dragoon atau Terakol inilah asal-usul pistol pada hari ini.Pemuras juga adalah senapang atau bedil yang pertama sekali dicipta untuk tujuan pertahanan. Dalam masyarakat Melayu, senjata Pemuras dan Tarkul adalah agak popular berbanding di dunia barat.Penggunaan Pemuras adalah lebih kerap digambarkan di dalam peristiwa perang Melayu berbanding istinggar atau Flintlock Musket.Mengapa?
Ini kerana pada masa dahulu orang Melayu adalah pelaut dan pengembara yang gigih.Penggunaan blunderbuss ini adalah amat popular dikalangan pelaut,lanun dan pedagang.Ini kerana ia sesuai untu pertempuran secara pantas dan berdepan kerana ia mampu mencederakan beberapa orang musuh dengan hanya satu tembakan dari jarak dekat.
Pemuras biasanya amat pendek, dengan laras kurang dari 60 cm (dua kaki), pada ketika laras senapang lantak biasanya melebihi 90 cm (tiga kaki) panjang.Satu sumber menggambarkan senjata dari awal hingga pertengahan abad ke-17, menyenaraikan panjang laras Terakul kancing roda (wheel lock) sekitar 28 cm (sebelas inci), berbanding 41 cm (enam belas inci) panjang bagi Pemuras.
*Betapa segaknya panglima Melayu menyandang Pemuras berkilat seperti in
Terakol atau Tarkul adalah antara senjata popular dikalangan pelaut,pedagang dan lanun-lanun Melayu.Tarkul pada awalnya menggunakan teknologi ‘wheel lock’ (kancing roda) di mana kemajuan teknologi ini membolehkan ia membakar serbuk bedil secara automatik tanpa memerlukan ‘fius’.Terakol berbentuk seperti pistol dan ia adalah perubahan bentuk dari Pemuras yang dikecilkan.Terakol digunakan di dalam peperangan Rajah,Datu dan Sultan-sultan di Filipina melawan Sepanyol,juga askar Brunei menentang Rajah Brooke.
Terakol juga digunakan di Patani dan Melaka.Dalam Perang Naning juga senjata ini digunakan.Sekitar tahun 1530,Terakol telah menjadi maju dengan penggunaan teknologi flintlock (kancing batu api) dan sejak itu ia lebih dikenali sebagai pistol di Barat.
*Istinggar
Istinggar (Bahasa Inggeris:musket) pada awalnya ialah sejenis senjata api jenis berat dengan penggunaan fius atau wheel lock.Kemudian ia menjadi sejenis senapang yang menggunakan teknologi flintlock (kancing batu api).Penggunaan flintlock ini meningkatkan kadar tembakan dan mengurangkan kos pembuatan senjata api.Mula diperkenalkan pada 1630 sebagai flintlock musket,istinggar dengan pantas menggantikan teknologi picu senjata api lebih awal,seperti mekanisme kancing sumbu (matchlock) dan kancing roda (wheel lock).
Istinggar juga kerap disebut di dalam hikayat-hikayat lama seperti Sulalatus Salatin (Sejarah Melayu) dan juga Hikayat Megat Terawis. Dalam Hikayat Megat Terawis, dikatakan bahawa Megat telah berjaya membunuh seorang hulubalang yang kebal dan hebat bernama Tun Saban.Tun Saban dikatakan sebagai seorang yang tidak lut kepada segala jenis senjata kecuali istinggar yang dibuat khas pelurunya.Istinggar yang digunakan untuk membunuh Tun Saban dikatakan adalah hadiah daripada ulama dari Hadra-maut kepada raja Pagar Ruyung.
Istinggar inilah yang dikumpulkan terlalu banyak di dalam kota Melaka oleh tentera-tentera Portugis.Istinggar juga digunakan oleh tentera Johor-Riau terutama ketika membantu Belanda menyerang Portugis.Istinggar juga digunakan oleh penduduk di Perak ketika menyerang Belanda yang membina loji-loji di Sungai Perak.
Rentaka,adalah sejenis meriam mudah alih,ringan dan kecil dari meriam biasa.Dalam Bahasa Inggeris,ia disebut Lantakas (gabungan Lela dan Rentaka).Rentaka adalah senjata khas orang Melayu,kerana mereka sendiri yang menciptanya,sebab itu orang Inggeris menyebutnya dengan Lantakas.Ini adalah sesuatu yang menarik kerana Rentaka adalah setanding dengan keris dan ia adalah senjata Melayu yang terkenal di dunia Barat.Rentaka inilah yang saya lihat di dalam filem tahun 80-an itu.
Kebiasaannya rentaka dibuat menggunakan tembaga atau besi dan berukuran diantara 50cm hinggalah 2 meter. Bagi yang berukuran lebih daripada 1 meter kebiasaannya ia di panggil Lela dan ada yang dipanggil sebagai ekor Lotong kerana mempunyai pelaras yang panjang dan lentik seperti ekor Lotong. Bangsa penjajah pertama yang merasa penangan rentaka ialah Sepanyol. Mereka menggelarnya sebagai arquebuses, portable cannons or swivel gun yakni meriam mudah alih. Berbanding dengan meriam biasa, rentaka kebiasaanya mempunyai hiasan yang lebih terperinci dan cantik seperti ukiran awan larat,naga,buaya,cicak,ikan lelumba malahan turut diukirkan corak pucuk rebung.
Apa yang unik mengenai senjata ini ialah ianya adalah sebuah meriam mudah alih yang pertama didunia. Rentaka mempunyai mekanisme yang membolehkan ianya dipusing-pusingkan keatas dan kebawah serta boleh dipikul dan dipacakkan di kota, tanah atau belebas kapal dan perahu. Hal ini amat berbeza dengan meriam barat yang sedia di ketahui adalah amat berat dan tidak mudah dialihkan. Ciri mudah alih Rentaka juga menyebabkan bidikannya lebih mudah untuk kena pada sasaran.
Pahlawan Moro adalah diantara pahlawan rumpun Melayu yang dikatakan sebagai pembuat rentaka yang terbaik . Orang Moro telah menggunakan rentaka sebagai senjata api utama ketika diserang oleh Sepanyol dan ketika mereka menyerang kapal-kapal Sepanyol. Tentera Sepanyol dikatakan amat takut dengan senjata tersebut kerana diantara banyak-banyak senjata, rentaka adalah salah satu senjata yang menyebabkan kematian dan kerugian terbesar bagi pihak mereka. Selain daripada orang Moro, Kerajaan Brunei juga dikenali umum di kalangan para pedagang dan penjajah sebagai pengeluar rentaka terbanyak dan terbaik di Alam Melayu. kebanyakan daripada rentaka yang ada di Muzium di seluruh dunia sekarang ini adalah berasal dari Brunei kalau tidak Filipina. Di Semenanjung, Jawa dan Sumatera, penggunaan rentaka adalah kurang terutama setelah kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka.
Kehebatan senjata api buatan bangsa Melayu ini menjadi buah mulut dan kekaguman para penjajah barat seperti Portugis, Sepanyol dan Belanda sehinggakan mereka telah meniru teknologi pembuatan rentaka bagi melengkapkan persenjataan mereka. Sehingga abad ke 18 dikatakan penghasilan rentaka di Alam Melayu semakin berkurangan malahan negara yang mengeluarkan rentaka terbaik dan terbanyak adalah negara Belanda.
*Meriam Seri Patani yang diletakkan dihadapan bangunan Kementerian Pertahanan Thailand
  • Meriam mempunyai sejarah yang panjang,terahsia dan digelapkan dalam sejarah Melayu.Meriam digunakan di tembok-tembok kota Melaka.Meriam digunakan di semasa peperangan melawan penjajah di Selangor.Meriam digunakan di Pasir Salak.Meriam digunakan di Singgora melawan Thai dan Inggeris dan Belanda.Meriam adalah cukup sinonim dengan seni peperangan Melayu.Jika Brunei dan Sulu terkenal mengeluarkan Rentaka (meriam mudah alih) terbaik,maka Patani pula adalah pengeluar meriam paling terbaik di Asia Tenggara suatu ketika dahulu.
  • Sebelum kemunculan meriam,pada awalnya teknologi artileri atau bedilan ini diperkenalkan oleh orang-orang Cina.Kemudian meriam diperkenalkan oleh Empayar Turki Uthmaniyyah,yang juga merupakan pembuat meriam yang menggerunkan seluruh Eropah ketika itu.Kemudian pedagang Belanda pula memperkenalkannya.
  • Meriam yang paling terkenal dalam masyarakat Melayu ialah Seri Nagara,Seri Patani dan Mahalela.Dan meriam Seri Nagara dan Seri Patani ini adalah meriam yang terbesar di Asia Tenggara!Menariknya bukan orang lain yang membuat dan memilikinya,tetapi orang Melayu juga!
  • Meriam-meriam ini adalah milik Kerajaan Patani.Sebagai tindak balas berikutan khabar angin akan serangan Siam ke atas Patani, Raja Kerajaan Melayu Pattani pada waktu itu iaitu Raja Biru (1616-1624) telah menugaskan seorang lelaki Cina-Islam yang bernama Tok Kayan (Lim To Khiam) untuk mengetuai pembinaan meriam-meriam kerajaan. Tiga buah meriam telah dibina iaitu Sri Patani, Sri Nagara dan Mahalela. Sri Patani dan Sri Nagara mempunyai saiz yang sama manakala Mahalela pula lebih kecil iaitu hanya sepanjang 5 hasta 1 jengkal. Meriam-meriam ini telah berjaya menyekat empat kali serangan Siam ke atas Patani iaitu pada tahun 1603, 1632, 1634 dan 1638.
  • Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.
  • Selepas kejatuhan Ayutthaya pada 1767, kerajaan Patani di bawah pemerintahan Sultan Muhammad (1776-1786) telah cuba untuk membebaskan diri daripada ancaman Thai (yang telah mengalahkan kerajaan Ayutthaya). Bagaimanapun, pada 1785 pasukan tentera Thai di bawah kepimpinanan Panglima Phraya Kalahum telah berjaya menewaskan Patani. Dua buah meriam besar iaitu Sri Patani dan Sri Nagara telah diambil sebagai rampasan perang, bagaimanapun Sri Nagara telah jatuh ke dalam laut di Kuala Patani semasa hendak dipindahkan ke dalam kapal. Meriam Mahalela pula telah hilang tanpa dapat dikesan.
  • Meriam-meriam Melayu boleh dilihat juga di Kota Melawati dan Pasir Salak pada hari ini.
*petikan gambar filem langkasuka, dalam filem ini bukti yang menunjukkan senjata api  sudah digunakan oleh orang melayu sejak zaman kesultanan lagi. Dalam filem ini juga menunjukkan yang putera pahang yang pakar dalam menembak menggunakan terakol atau lebih dikenali sebagai pistol. Di sini amatlah sedih sekali kerana orang melayu pada zaman kini tidak dapat mengunkapkan sejarah2 hebat orang melayu ini ke layar perak malah diambil kesempatan oleh pembikin filem dari thailand. jika dilihat pada babak2 filem itu prob2 dan ketamadun yang ditonjolkan dalam filem itu sudah dikaji dengan lebih terperinci dan apa yang ditunjukkan adalah ketamadunan sebenar orang melayu bukan hanya keris dan lembing.
*pengawal2 istana yang menggunakan istinggar
*putera pahang yang pakar dalam menembak.
*putera pahang yang menembak menggunakan terakol.
jangan berpandukan filem ini jika mahu mengkaji SECARA MENDALAM sejarah Patani.Ini filem Thai dan nama ‘Langkasuka’ itu pun tidak tepat.Asalnya penerbit mahu meletakkan nama ‘Queen of Patani’ namun dibantah oleh pihak berkaitan kerana tidak mahu mencetuskan sensitiviti dengan apa yang berlaku di Selatan Thai.Jadi diletakkan ‘Langkasuka’ padahal Langkasuka dan Patani adalah dua kerajaan berbeza.’Lanun’ dalam cerita ini hanyalah fantasi kerana dalam sejarah ketika pemerintahan Ratu Biru,kerajaan Patani diserang oleh Thai,bukannya lanun-lanun Melayu,Jawa dan Jepun seperti dalam filem ini.Dan tiada pula kerabat diraja yang membelot sebenarnya,ia cuma ‘rempah-ratus’ dalam membuat filem itu lebih sensasi.

Fakta sejarah sebenarnya,ketika itu Patani berperang dengan Thai dan seorang Cina Muslim,Lim To Khiam diarahkan oleh Ratu Patani untuk mengetuai tukang-tukang meriam Patani menyiapkan meriam besar.Penglibatan orang Belanda itu hanyalah sensasi sahaja padahal Thai pernah bekerjasama dengan orang-orang Eropah yang tamak ini untuk menjajah Patani.
Saya hanya sarankan untuk MEMBAYANGKAN suasana meriam-meriam Melayu ini beraksi dengan menonton filem ini,bukannya menjadikan filem itu sebagai rujukan sejarah Patani.

  • Setelah mengetahui fakta sejarah yang digelapkan dari pengetahuan kita ini,adakah kita masih berfikir nenek moyang kita berperang menggunakan sumpit,lembing dan keris?JIka nenek moyang kita berperang dengan senjata-senjata itu sahaja,alamat kita sekarang bukanlah duduk di Malaysia,tetapi di sebuah negeri Inggeris lain,seperti Australia.SEbab orang-orang Melayu mempunyai senjata-senjata beginilah mereka mampu mempertahankan takhta raja-raja mereka dan sedikit sebanyak mengawal tindak tanduk penjajah yang ganas dan tamak.Bayangkan betapa gigih nenek moyang kita dahulu memikul rentaka,membawa Pemuras di samping parang dan keris,menentang ketamakan dan kebuasan penjajah.Jika nenek moyang kita dahulu lembik tidak berjuang mempertahankan tanah air,mungkin hari ini kita akan menjadi seperti Red Indian atau aborigine Australia.Inggeris walaupun buas dan kejam,namun masih menjaga ‘standard’ mereka cuba menghormati perjuangan orang-orang Melayu mempertahankan warisan.Mereka cuba mengawal alter amuk para musketeers (ahli senjata api) dan gunners (ahli meriam) Melayu dengan cuba meletakkan para residen mereka terlebih dahulu di setiap negeri Melayu.Apa salahnya Inggeris membawa balatenteranya meranapkan takhta-takhta raja-raja Melayu ini terus atau menghalau mereka sepertimana mereka menumbangkan raja-raja Tamil,Hindi dan Maharaja Moghul di India.Sultan Abdullah memang dibuang ke Pulau Seychelles,namun yang peliknya Inggeris berusaha mengadakan raja baru di Perak dengan membiarkan institusi beraja Perak menabalkan pengganti Sultan Abdullah.Pelikkan?Apa salahnya Inggeris melantik sahaja Hugh Low menjadi ‘Rajah Perak’ sebagaimana James Brooke menjadi Rajah Sarawak.Biar warisan raja-raja Perak hancur sebagaimana mereka berjaya menghancurkan dinasti raja China dan India.Tetapi ini tidak berlaku.Bukan sahaja orang Melayu,malah ‘Mat Salleh’ pun berdegil ‘mempertahankan’ takhta raja-raja Melayu.Lucu dan aneh.Sebenarnya jika kita bersemangat mempertahankan warisan budaya kita sendiri,orang lain pun akan segan dan hormat pada kita.Seperti juga hari ini,jika kita acuh tak acuh dengan warisan kita sendiri,sebagai contoh Tulisan Jawi,Cina Komunis pun tidak segan silu mahu membuang tulisan Jawi dari papan-papan tanda jalan.Jika kita sendiri tidak berusaha mengambil berat diri kita sendiri,siapa lagi hendak diharapkan menjaga segala warisan dan identiti bahkan pegangan agama kita sendiri??Orang asing??
  • SEbagai kesimpulannya,dengan pendedahan ini yakinlah kita bahawa orang Melayu adalah bukanlah bangsa yang lemah dan hanya mengenal keris dan tombak sahaja malah pandai menggunakan meriam dan membuatnya juga!Orang Melayu juga biasa menggunakan musket (Istinggar) dan pistol (Terakol).

SENJATA MELAYU

KERIS

Keris merupakan salah satu senjata orang-orang Melayu. Permainan keris biasa diajarkan di dalam kebanyakan silat. Tanpa mengetahui permainan keris, tak lengkaplah ilmu kependekaran seseorang itu.


Antara keris yang terkenal hingga kini ialah seperti Keris Taming Sari dan Nogo Sorso yang mempunyai luk 13 dan matanya berbentuk ular naga yang diperbuat daripada emas. Untuk menentukan jenis keris yang terdapat di kepulauan melayu adalah dari pemerhatian keatas bentuknya iaitu hulu, sarung dan bentuk matanya.

Dari bentuk inilah keris boleh dibahagikan kepada 7 jenis:
-Keris Semenanjung atau Utara
-Keris Pekakak
-Keris Jawa
-Keris Sumatera
-Keris Bali dan Madura
-Keris Bugis
-Keris Sundang atau Solok

Bagi menempa sebilah keris sekurang-kurangnya hendaklah dari 2 jenis besi yang berlainan dan 7 jenis besi bagi keris yang baik. Adalah dipercayai keris kepunyaan Laksamana Hang Tuah diperbuat daripada 20 jenis besi yang diambil dari tempat yang berlainan.

Kebanyakan keris zaman dahulu adalah berbentuk 'peribadi' yang diperbuat daripada tangan iaitu 'picit'. Tukang besi terlebih dahulu akan mengenal pasti tuan empunya dan ayat-ayat al-Quran digunakan, selain ayat tertentu yang bersesuaian dengan pemiliknya.

Panjang atau lebar mata sebilah keris bergantung kepada jenis sama ada dilurus atau berluk-luk. Jumlah luk keris adalah dalam angka ganjil. Ulu keris diperbuat daripada kayu, tanduk atau tulang. Ulu keris akan diukir cantik dari pelbagai rupa dan bentuk mengikut kehendak pemiliknya. Ada juga hulu keris diperbuat dari emas. Pada kurun ke-15, Sultan Mahmud Shah telah mengistiharkan hanya kerabat diraja sahaja boleh menggunakan keris berulukan emas.

Ulu keris jenis ini dinamakan :
-Keris Ulu Kencana
-Keris Harubi
-Keris Marubi
-Keris Bawang Sebongkol

Sarung keris juga mempunyai nama-nama tertentu iaitu:
-sampir
-sarong
-buntut

Sampir diperbuat daripada kayu keras yang cantik dan adakala juga diperbuat daripada gading. Sampir merupakan bahagian yang tebal serta lebar dan mempunyai bentuk jalur bujur dan jalur bulat.

Sarong pula berbentuk panjang lurus dan ada pula yang meruncing sedikit ke sebelah bahagian hujungnya yang diperbuat dari kayu atau gading.

Bahagian buntut pula diperbuat dari kayu, tulang, tanduk, gading ataupun logam dan mempunyai empat jenis bentuk yang berlainan iaitu bulat tempurung, bujur sirih, bujur sangkar dan mata kapak.

Melihat bentuk-bentuk tertentu pada keris menampakkan satu nilai seni dan budaya yag tinggi masa lampau dan zamannya. Bagi seorang ahli silat, keris itu lambang seorang pendekar dan lambang kekuatan melayu .

Tumbuk Lada

Tumbuk Lada berasal dari Sumatera yang juga dikenali sebagai Tumbuk Lading. Ianya dipakai sebagai senjata adat istiadat bagi ketua-ketua bawahan bagi Negiri Sembilan dan Minangkabau. Keris pula hanya dikhaskan untuk kerabat diraja dan golongan bangsawan. 

Mengapa dipanggil Tumbuk Lada? Pada tahun 1936, seorang tukang kebun menyatakan ianya dikenali begitu kerana hulunya berbentuk alu lesung batu bagi menumbuk lada/cabai.

Yang lainnya percaya bahawa kesan tikaman yang membawa kesakian yang amat sangat seperti pedasnya cabai. Penjelasan yang lainnya tidak begitu realistik.

Menurut Tuan Haji Sultan Menan dari Kg Baru, Kuala Lumpur, Tumbuk Lada biasanya digunakan untuk menumbuk atau menikam pada dada mangsa.

Pada awalnya dikenali sebagai tumbuk dada, yang mana akhirnya dikenali sebagai Tumbuk Lada.
Tumbuk Lada mudah dikenali melalui hulu, mata dan sarungnya yang mana mempunyai bentuk yang berbeza dari senjata lain . Matanya nipis dan melengkung dimana ketajaman hanya pada sebelah saja dan sebelah lagi rata, yang dikenali sebagai sebelah baung.

Matanya juga lebar pada mula dan menirus dihujungnya.
Kepanjangan tumbuk lada diantara 8 1/2 ke 11 inci. Matanya nipis dan berat boleh juga digunakan untuk memotong. Bagaimanapun tumbuk lada direkabentuk semata-mata sebagai senjata menikam.
Hulunya sama ada dibuat dari kayu atau tanduk kerbau dan lembu. Masa sekarang hulunya berbentuk bujur telur dan diukir dengan cantik. Bagi Tumbuk Lada yang berkualiti dibuat berhulukan saduran perak dan berukiran awan timbul dan dawai pintal. Hujung hulu dihiaskan dengan logam berharga. Hulu dari tanduk tidak semestinya bersadur perak tetapi diukir dengan corak yang rumit dan cantik.
Sarungnya pula diperbuat dari kayu yang terdiri dari 3 bahagian. Sarung yang diperbuat dari tanduk ( bahagian atas) dan kayu (bahagian tengah dan hujung). Bahagian kayu adalah saduran perak dan diukur dengan bunga awan timbul. Gelang-gelang perak pula ditempatkan di antara bahagian saduran perak. Bahagian atas atau bahagian tanduk juga diukir dengan rekabentuk rendang.

Sewar

Mata Sewar mempunyai persamaan dengan Tumbuk Lada . Cuma perbezaan dari segi hulu dan sarungnya sahaja. Senjata ini juga berasal dari Sumatera. Bilah matanya sepanjang 7 1/2 inci dan 5/8 inci lebar. Ianya juga mempunyai sarung, dimana hulunya diperbuat dari gading dan bahagian hujung atau tapaknya diletakkan kepingan perak. Sarungnya juga dihiaskan dengan kepingan perak yang membahagikan sarung tersebut kepada 3 bahagian. Diukir dengan bunga awan timbul pada bahagian tengah hingga ke hujung.



Rencong Aceh
Walaupun mempunyai persamaan dengan Tumbuk Lada, tetapi perbezaan pada rekabentuk tajam pada hulu dan sarungnya. Ianya berasal dari Aceh, Sumetera Utara.

Seperti juga keris dalam negeri-negeri Melayu, Rencong Aceh merupakan sebahagian daripada pakaian adat istiadat Aceh.
Panjang bilah matanya di antara 8 1/2 inci dan sembilan inci. Lebarnya pula di antara 3/4 inci ke 1 inci. Pada bahagian tengah bilah mata Rencong diukir kalimah "Allahu Akbar" daripada perak, yang berbentuk melengkung, memanjang dari pangkal ke hujung mata rencong.

Sarungnya pula diperbuat daripada kayu teras hitam.
Hulunya samada daripada kayu atau tanduk yang bengkok, pada tapak hulunya iaitu bahagian penyambungan antara mata dan hulu dimasukkan gelang tembaga.

Pada hujung sarung kebiasaannya dihiaskan dengan cebisan gading dan tengah sarung pula dihiaskan dengan gelungan dawai tembaga.

Rencong Aceh (dipakai wanita)

Terdapat rencong aceh yang dibuat khusus untuk di gunakan oleh kaum wanita.Panjangnya semasa bersarung adalah 9 3/4 inci. Panjang matanya pula adalah 4 1/2 inci dan lebarnya 5/8 inci. Hulunya diperbuat dari tanduk, dan sarung dari kayu yang mata bahagian atasnya diukir. Rencong Aceh untuk wanita ini biasanya disembunyikan di dalam sanggul.

Badik

Kebiasaannya Badik mempunyai rekabentuk yang bermata sebelah, lurus dan tajam. Badik yang bermata melengkung adalah jarang didapati. Begitupun terdapat juga badik yang bermata dua.

Bahagian mata badik bermula 1/3 dari hujung matanya yang tirus dan tajam. Panjangnya antara 4 5/8 ke 13 inci, dan lebarnya antara 5/8 ke 15/16 inci.

Hulu dan sarung biasanya daripada kayu, tanduk atau gading. Hanya hulu atau sarung dari kayu sahaja yang berukir bunga awan timbul dan di kemaskan dengan kepingan logam.

Terdapat perbezaan asas antara tumbuk lada dan badik. Tumbuk lada mempunyai mata yang bahagian belakang tebal dan tirus bermula dari mula ke hujung mata. Manakala badik pula mempunyai tebal yang sama kecuali bahagian hujungnya yang tirus dan tajam.
Buku Lima


Merupakan senjata kecil yang bukan untuk membunuh, tetapi hanya sebagai 'habuan' berbisa dalam pertempuran. Biasanya digunakan bagi mengalahkan lawan yang lebih handal, atau bertubuh sasa, atau yang dirasakan `tak makan cekak'. Buku lima diasaskan dari bentuk penumbuk. Sebagai hiasan barang keras pada penumbuk, buku lima ditambah yang mana sedia maklum akan memberikan pukulan yang sangat berbisa, sekaligus menghilangkan cabaran musuh.

Buku lima diperbuat dari bahan logam besi atau tembaga dan dijadikan sebagai senjata sulit. Namun begitu ianya jarang digunakan dalam pertempuran, tetapi hanya untuk tempur satu lawan satu. Biasanya dipakai tanpa disedari lawan, dan pukulan 'curi' digunakan secara helah. Sasaranya pada muka yang mana akan memberikan kecederaan parah.
Terdapat 2 jenis buku lima iaitu jenis,`genggaman' dan jenis 'sarung'. Jenis genggaman mempunyai mata yang rata dan mudah terlepas jika genggaman tidak kuat atau musah mahir dalam kuncian. Berbanding pula dengan jenis sarung yang mempunyai mata tajam pada bahagian luar genggaman yang mana mudah dilihat oleh musuh tetapi sukar terlepas dari tangan. Ada juga penyerang yang menanam 'besi kuning'pada buku lima mereka. Menurut ceritanya sesiapa yang terkena buku lima ini akan menemui maut atau setidak-tidaknya akan muntah darah dan menanggung penderitaan. Buku lima yang ditanam besi kuning juga boleh menewaskan ilmu kebal dan menawarkan ilmu hitam.
Buku lima hanya digunakan sekali sahaja dalam pertempuran, ini mengelakkan daripada diketahui oleh lawan yang mana boleh menyebabkan dendam yang berpanjangan. Tetapi jika sekali pukul lawan pengsan, ini akan memberikan kesedaran pada musuh akan kehebatan kita. Senjata ini adalah merbahaya dan diharamkan oleh kerajaan dan boleh didakwa jika memilikinya.

Dirgahayu Malaysiaku, Negaraku tercinta!



WARISAN
Disini lahirnya sebuah cinta
Yang murni abadi sejati
Disini tersemai cita cita
Bercambah menjadi warisan
Andai ku terbuang tak diterima
Andai aku disingkirkan
Ke mana harusku bawakan
Ke mana harusku semaikan cinta ini
Betapa
Dibumi ini ku melangkah
Ke utara selatan timur dan barat
Ku jejaki
Aku
Bukanlah seorang perwira
Gagah menjunjung senjata
Namun hati rela berjuang
Walau dengan cara sendiri
Demi cinta ini
Ku ingin kotakan seribu janji
Sepanjang kedewasaan ini
Ku ingin sampaikan pesanan
Aku lah penyambung warisan

Talented Malay - Tan Sri P. Ramlee



Tan Sri P. Ramlee, born on 22 March 1929 was a Malaysian film actor, director and songwriter. Due to his contributions in the movie and music industry, as well as in the literary scene, he is often attributed as the icon of Malay entertainment in the Malay world, especially in MalaysiaSingapore and Brunei.

His original name was Teuku Zakaria bin Teuku Nyak Puteh, was born at his grandmother's house  which now opened as P. Ramlee House in Counter Hall or now renamed as Jalan P. Ramlee, Penang. 'Teuku' is a title for descendants of noble families from Aceh of Sumatra, in Indonesia. His father Teuku Nyak Puteh was a sailor from Lho' Seumawe in the province of Aceh, who migrated to Penang, inMalaya then in early 1920s. 
As a child, he studied in several schools, including the famous PenangFree School. During his school days he was very active in sports, especially sepak takraw, badminton and football.

He was married three times, the last to the known singer Salmah Ismail or Saloma in 1961.
P Ramlee’s big break came on 1 June 1948 when he was spotted by tamil film director BS Rajhans from Malay Film Productions of Jalan Ampas in Singapore. His 1st film is ‘Nasib’ in 1949 and seven years later he started to direct his first film ‘Penarek Becha’. His last film is ‘Laksamana DoReMe’ in 1972 and his last song is ‘Airmata di Kuala Lumpur’ in 1973. 
On 27 May 1973, P.Ramlee died at the age of 44 due to heart problems and was buried in Jalan Ampang, Kuala Lumpur. In 1986, in honour of his contributions to the Malaysian entertainment industry, the P. Ramlee Memorial was set up at his house in Setapak, Kuala Lumpur. In 1990, he was posthumously awarded the title Tan Sri. 

During his career he directed and acted in sixty-six films, and wrote more than 300 songs. Among his films that received awards are:
·         Best Musical Score for Hang Tuah — Third Asian Film Festival, Hong Kong (1956)
·         Best Male Actor for Anak-ku Sazali— Fourth Asian Film Festival,Tokyo (1957)
·         Best Comedy Film for Nujum Pak Belalang — Seventh Asian Film Festival, Tokyo (1960)
·         Most Versatile Talent for Ibu Mertua Ku — Tenth Asian Film Festival, Tokyo (1963)
·         Best Comedy Film for Madu Tiga — Eleventh Asian Film Festival, Taipeh (1964)

Patriots are you, me, and thousands of others like us standing firm for our country — William McGinnis

Myth of Malay Muslim


Reality in Malaysia society. Misconception by non-Muslims, but don't blame them. It is misinterpretation by the Malay Muslims itself. (Yes, I talk about Malay Muslims not Chinese Muslims, Indian Muslims, African Muslims or Mat Salleh Muslims).

Myth No. 1: All Malays born as Muslims. Once you convert Islam, you are convert to Malays too.
The truth is Islam is not an exclusive religion. Its universal, all are welcome to embrace it. No single race in the world can claim such statement. Even Arabs never claim they 100% are Muslims. Just google Arab Christians. Surprisingly Baath Party (ruled by Saddam) founded by an Arab Christian, Michel Aflaq. Plus popular songbird in Middle East, Najwa Karam also a Christian. Interestingly, Jerusalem (situated in Arabs country) house of three holy places for Christian, Jew and Islam. If all Arabs are Muslims, we can see only Islam holy place built there today.

Have you ever notice any Chinese, Indian, African, American, or Australian declared themselves as Malays once they convert to Islam in another country? They still hold their ethnicities and races.

Myth No. 2: Once a Chinese or Indian convert to Islam, you have to change your name into Arabs name and put Abdullah as your father's name.

Maybe Malay Muslims never heard or came across of Hui Liangyu (China vice premier) and Sania Mirza (tennis player). Their name never resembles like "Arabs" but they are Muslims. Hey, Yvonne Redley (reporter once detained by Taliban), Nicolas Anelka and Frank Ribery (both footballers) still proud to be called by their original name after converting to Islam. Plus no "bin Abdullah". Maybe you can check video on Ustaz Lim Jooi Soon on youtube http://www.youtube.com/watch?v=vIlNmapY0uM&feature=PlayList&p=BD3DBA61C877DCF0&index=30
Even some Malays also having pure Malays name instead of Arabs (eg: Cempaka, Puteri, Dayang, Awang, Tuah) but still Islam.

Apa ada pada nama? As long as the meaning of the name is good, whatever language is allowed.

Myth no. 3: Non Muslims not allowed to use Assalamualaikum. Its exclusive for Muslims, otherwise you insulting Islam.

The fact is Assalamualaikum is word with good meaning, peace be upon you. Widely used in Middle East not only by Muslims but also extends to non-Muslims too. If in Semenanjung, the Muslims quite fanatical on usage of salam, unlike in Sarawak and Sabah. They exchange salam freely regardless of religion.

Myth No. 4: A Muslims must not follow Chinese and Indian cultures, otherwise you are deviate from pure Islamic teaching.
A Muslim cannot eat by chopstick, cannot speak mandarin or tamil in mosque, cannot wear cheongsam, or saree, cannot enter church and temple, cannot paid final respect on Chinese and Indian funeral, . The list goes on.

Hey, culture is unique, to differentiate between one people in one place to another. Islam does recognize culture in its teaching as long as not compromise the believe or faith itself. So, what's on earth a Muslim cannot eat by chopstick even talk Tamil or Mandarin inside a mosque? Maybe Chinese Muslim in China eat by hand like Malays. And maybe Indian Muslims in India and Chinese Muslims in China talk Malays in their mosque too.

Have you ever saw Chinese Muslims in China or India Muslims in India wearing baju Melayu or baju kurung? Ironically Malays Muslims in Malaysia allowed to wear suit, hat and necktie like a westerners.

Caliph Umar even once paid a visit to church in Jerusalem, he even invited by the priest to pray inside church, yet he declines as it will create wrong impression that Islam want to take over the church. Even non-Muslims are allowed to enter a mosque in certain conditions.

It is narrated that Prophet Muhammad stood up when a Jewish funeral procession pass in front of him as a sign of respect among men relationship.

These are examples of several myth practised by Malay Muslims resulted from narrow interpretation.

Maybe they forget, Islam come to China and India long before Tanah Melayu. Maybe they overlook that Muslims in China and India are outnumber Malays. Maybe they disregard that Islam come to Tanah Melayu via Arabs and Chinese (Admiral Cheng Ho).