Thursday, 12 June 2014

Fonepad 7 versi baharu




































ASUS Malaysia baru-baru ini memperkenalkan produk terbarunya iaitu Fonepad 7 (FE170CG) yang merupakan peranti mudah alih dengan sambungan suara serta internet 3G berciri lengkap.
Peranti tersebut berfungsi seperti telefon bimbit pintar serta keupayaan seperti tablet dengan harga rendah.
Dikuasakan oleh pemprosesan Intel Atom Z2520 (1.2GHz) yang turut dilengkapi dengan teknologi Intel Hyper-Threading, reka bentuk utama Fonepad 7 dilihat seakan sama seperti model Fonepad 7 sebelumnya. Namun pada bahagian hadapannya dilengkapi dengan pembesar suara berbanding dua pembesar suara seperti yang terdapat pada model ME372CG.
Tablet yang menggunakan sistem operasi Android 4.3 Jelly Bean ini mampu menjalankan tugasan sehingga 10 jam tanpa henti berdasarkan ketahanan bateri yang dimiliki.
Kamera bahagian belakang FE170CG hadir dengan fungsi autofokus yang memberikan kejelasan ketika mengambil gambar close-up.
Selain itu, ia turut hadir dengan rakaman video HD 720p dengan fungsi Time Lapse serta Tilt-Shift untuk digunakan pada rakaman video.
Dengan saiz fizikal yang nipis berukuran 192 x 110 x 10.7 milimeter (mm), peranti ini hanya seberat 290 gram dan dilihat amat selesa untuk genggaman pengguna.
Di samping itu, Fonepad 7 ini mempunyai ciri menarik iaitu antara muka Zen UI yang memudahkan fungsi What’s Next. Kemudahan ini membolehkan pengguna memeriksa aktiviti harian dalam satu antara muka tersusun selain fungsi Do It Later yang membenarkan mereka menambah aktiviti yang akan dibuat.
Didatangkan dengan empat pilihan warna iaitu hitam, merah, putih dan biru, mdoel ini dijual dengan harga pengenalan serendah RM 499 bagi model empat giga bait manakala RM 599 bagi model lapan giga bait.


Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/Megabait/20140609/me_01/Fonepad-7-versi-baharu#ixzz34QSaGmaF
© Utusan Melayu (M) Bhd 

No comments: